Searching...

Gred Info

Gred AAA @ Super A

Replika tiruan kualiti biasa dari Siam. Design sama dengan original jersey. Finishing dan material berpatutan dengan harga yang ditawarkan. Logo brand dan logo kelab/negara adalah sulam. Sizing eropah, Saiz yang ada SS,S, M, L dan XL dan XXL bagi jersey tertentu. Packaging menggunakan plastik lutsinar keras tanpa ada corak atau tulisan.

Gred Copy Ori ( Adidas, Nike, Puma dll )

Perbezaan yang tidak ketara dengan Gred AAA jika dilihat pada mata kasar. Namun, kualiti fabrik Gred Copy Ori adalah lebih baik dan lembut berbanding jersey Gred AAA. Jahitan untuk jersey Gred Copy Ori juga lebih kemas. Sizing eropah, Saiz jersey XS, S, M, L dan XL. Sizing Copy Ori pula lebih besar sedikit berbanding AAA. Contohnya saiz S untuk AAA adalah 19.5 inci manakala Copy Ori saiz S ialah 20 inci. Packaging guna plastik polybag lembut yang ada logo brand yg buat jersey itu. Kertas pelapik di dalam jersey Copy Ori yg digunakan ialah kertas nipis manakala AAA guna kertas yg keras & tebal.

Player Issue Nike ( Pi )

Player Issue ialah jenis kualiti kain yang sama digunakan untuk pemain bola profesional di padang. Contohnya untuk kelab Nike - Barcelona, Man City dan PSG. Logo adalah sulam. Beg plastik yang digunakan mempunyai lambang Nike dan datang dengan Tag sehingga 4-5 keping. Keistimewaannya, kualiti kainnya lebih cemerlang daripada Gred AAA dan Copy Ori. Kain yang lebih ringan, mampat, lembut dan boleh menegang, ia juga mempnyai lubang-lubang udara ditepi badan dan bahu untuk memudahkan pergerakan. Cutting baju Pi ada 3 jenis iaitu Bodyfit (ketat ikut body), semifit (tak terlalu ketat macam bodyfit tapi masih ada curve di perut) dan Standard (regular saiz sesuai untuk badan besar). Saiz lebih kecil jika bodyfit, contohnya biasa pakai saiz S untuk gred AAA, kena ambil saiz M untuk Pi.


Player Issue Adidas ( Adizero )

Sama seperti Nike, Adidas juga mempunyai jersey Gred Player Issue yg dikenali sebagai Adizero. Kebanyakannya Cutting baju Adizero ada 2 saja iaitu Bodyfit dan Standard. Kualiti kain paling ringan antara semua, elastik dan fleksibel. Cuma dari segi ketahanan baju agak kurang kerana mudah rosak disebabkan kenipisannya. Logo adidas dan logo kelab dibuat secara tampal/sticker. Saiz lebih kecil jika Bodyfit, contohnya biasa pakai saiz S untuk gred AAA, kena ambil saiz M untuk Adizero.


0 comments:

Post a Comment

 
Back to top!